.
Menu Navigasi
Halaman Utama
Kata Alu-aluan
Carta Organisasi
Lokasi
Fungsi & Peranan
Projek-projek
Aktiviti Kelab Sukan
Aduan & Maklum Balas
Alamat, Telefon & Emel
Pautan
Pengurus Web
 
 
KATA ALU-ALUAN
 

Jabatan Kerja Raya Daerah Mersing adalah sebuat jabatan kerajaan yang dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan projek-projek pembangunan khususnya penyelenggaraan, membina jalan-jalan raya, membina dan menyiapkan bangunan-bangunan kerajaan di daerah mersing disamping menjadi rujukan untuk jabatan-jabatan yang lain dalam membantu serta memberi nasihat yang berkaitan dalam melaksanakan sesuatu projek.

.
Pada Oktober 1998, Jabatan Kerja Raya Daerah Mersing mulai beroperasi di bangunannya sendiri yang baru siap dibina yang terletak di Jalan Pancor, Mersing dengan kos pembinaannya hampir RM 2 juta.

Selaras dengan peredaran zaman teknologi masa kini, jabatan ini juga tidak ketinggalan dalam menggunakan komputer ke paras maksimum untuk kerja-kerja pentadbiran dan pemantauan projek-projek pembangunan. Sebagai satu jabatan yang unggul di dalam melaksanakan projek-projek di daerah ini, jabatan adalah komited untuk melaksanakan dan menyiapkan projek-projek yang dipertanggungjawabkan dengan jangkamasa, kos, kualiti yang amat memuaskan. Laman Web Jabatan Kerja Raya Daerah Mersing adalah bertujuan sebagai satu sumber maklumat untuk semua rakyat Malaysia di mana aktiviti jabatan ini adalah telus kepada orang awam.

Sekian, terima kasih.

 

 

 

 
 
 
HAKCIPTA ® 2007 JKR MERSING